Jimmy Hasselbaink meriahkan sesi tontonan perlawanan Chelsea-Manchester United di KL

Legenda Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 November – Sesi tontonan perlawanan antara dua kelab gergasi Chelsea dan Manchester United dimeriahkan oleh Legenda Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasselbaink berkata sesi tontonan disambut dengan keterujaan peminat Malaysia yang hadir.
  • Beliau tekankan ramai bakat muda, namun latihan teliti penting dan jangan meletakkan beban berlebihan kepada pemain muda.
  • Chelsea menang 2-0, dijaringkan oleh Morgan Rogers dan Cole Palmer.
  • Acara disertai kira-kira 300 pengunjung dengan analisa permainan, cabutan bertuah produk rasmi dan sesi soal jawab bersama Hasselbaink.

Bekas penyerang prolifik The Blues itu menyifatkan rasa keterujaan dalam sesi tontonan yang melibatkan ratusan peminat kelab daripada Malaysia yang turut menghadiri kunjungan itu.

Sementara itu, sebelum perlawanan bermula, Hasselbaink menyatakan memang benar, kelab tersebut mempunyai ramai bakat muda namun penelitian terhadap latihan harus diutamakan dan tidak meletakkan beban kepada pemain muda.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Chelsea 2-0 yang dijaringkan oleh Morgan Rogers dan Cole Palmer. Lebih menarik, ramalan bersahaja Hasselbaink pada awal perlawanan dengan kemenangan 2-0 tepat dengan keputusan akhir.

Acara santai bersama peminat antarabangsa, The Famous CFC itu melibatkan kira-kira 300 pengunjung dengan pebagai pengisian menarik, antaranya analisa tentang permainan bola, cabutan bertuah produk rasmi Chelsea dan sesi soal jawab bersama Hasselbaink sendiri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.