fb fb fb fb fb

Elak buat spekulasi kes tembak depan sekolah - Polis

Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kes tembak di hadapan sebuah sekolah, semalam.

BUTTERWORTH, 2 Julai - Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tembakan terhadap seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah di Sungai Nyior, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kita minta orang ramai beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, seorang lelaki yang memandu kereta dilaporkan terselamat selepas kenderaannya ditembak oleh dua individu menaiki sebuah motosikal.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala polis kini giat memburu suspek terlibat.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN