fb fb fb fb fb

Dua remaja lakukan aksi wheelie ditahan

Foto fail

KUANTAN, 2 Julai - Polis menahan dua remaja lelaki berusia 14 tahun ketika mereka melakukan aksi berbahaya "wheelie" di kawasan Perumahan Makmur Seri Damai Jaya, dalam satu operasi bersepadu, Op Samseng Jalanan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kedua-duanya yang berusia 14 tahun itu, ditahan dan dibawa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sepanjang operasi itu, polis telah mengeluarkan 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

"Kesalahan tidak memakai topi keledar adalah yang palig banyak direkodkan sepanjang operasi. Operasi tersebut akan diteruskan bagi memasikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga dapat memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak.

"Perbuatan mengangkat tayar hadapan (wheelie) motosikal adalah berbahaya untuk diri sendiri dan pengguna jalan raya lain."

TETITIA YUSOFF