fb fb fb fb fb

4 individu dihadapkan ke Mahkamah kerana dituduh mengedar dadah

5 pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah.

JOHOR BAHRU,3 Julai - Empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah.

Tertuduh, Ching Hin Leong, 46 tahun, Tay Wei Bin, 36 tahun, Pham Thi Quy, 26 tahun dan Nong Thi Nhinh, 29 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A.Shaarmini.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis serbuk MDMA dengan anggaran berat 12.9 Kilogram dan kira-kira 0.375 kilogram pil MDMA .

Perbuatan dilakukan di sebuah Pangsapuri di Johor Bahru, 19 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) ADB 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 3 dan 4 September sebagai sebutan semula kes.

HASRON BIN HASSAN