fb fb fb fb fb

Konsert Riang Riuh Raya, janjikan kelainan, pengisian lebih menarik

Konsert Riang Riuh Raya ditayangkan esok, 9.00 malam di TV2

KUALA LUMPUR, 12 April- Konsert Riang Riuh Raya menjanjikan kelainan menerusi pengisian lebih menarik.

Konsert yang ditayangkan esok, pada pukul 9.00 malam di TV2 itu bakal menampilkan gabungan pengacara jemputan Didie Alias dan Tyzo Xander buat julung kalinya.

Menurut Penerbit Konsert Riang Riuh Raya, Nurul Amilin Idrus, selain persembahan oleh sembilan penyanyi terkenal, konsert turut dimeriahkan dengan 'Candawara' yang melibatkan pempengaruh media sosial seperti Mek Yun dan Chef Dave.

"Nak tunjuk dalam Riang Riuh Raya ini, maknanya kalau seisi keluarga tonton semua akan terhibur, ada lagu, ada permainannya.

"Mereka akan tengok artis-artis yang diminati, boleh tahu perkembangan artis-artis tersebut. Jadi itu yang kami tonjolkan dalam Riang Riuh Raya", katanya.

Antara penyanyi akan membuat persembahan ialah Datuk Nash, Amelina, Ramlah Ram, Lan Solo, Ezad Lazim, Farawahida dan Wanie Kayrie.

Selain itu, Juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixy juga bakal tampil pada konsert tersebut.

ROSLINA BINTI DIN