Keputusan kes bom kuil lebih sedekad, bakal diketahui hari ini

Kedua-dua tertuduh menafikan semua pertuduhan

BANGKOK, 11 Jun – Mahkamah Thailand bakal membuat keputusan berhubung kes pengeboman sebuah kuil lebih sedekad lalu yang meragut 20 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua lelaki etnik Uyghur, Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed, didakwa menanam bom di sebuah kuil Hindu pada Ogos 2015.
  • Kedua-dua tertuduh menafikan semua pertuduhan ketika dibicarakan pada 2016.
  • Perbicaraan berlanjutan hampir 10 tahun akibat kelewatan Covid-19 dan masalah mendapatkan jurubahasa.
  • Insiden berlaku beberapa minggu selepas junta menghantar pulang secara paksa 109 etnik Uyghur ke China.

Dua individu etnik Uyghur, masing-masing, Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed didakwa menanam bom di sebuah kuil Hindu di pusat komersial di sini pada Ogos 2015.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun menafikan semua pertuduhan terhadap mereka yang dibicarakan pada 2016.

Namun, perbicaraan berlarutan hampir 10 tahun berikutan berdepan pelbagai kelewatan akibat pandemik Covid-19 serta masalah mendapatkan jurubahasa.

Insiden berkenaaan berlaku beberapa minggu selepas kerajaan junta ketika itu, menghantar pulang secara paksa 109 etnik Uyghur ke China.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.