
WASHINGTON, 11 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa tentera AS telah secara rahsia membantu lebih 200 kapal komersial melalui Strait of Hormuz sejak bulan lepas.
- Dakwaan Trump: usaha membolehkan lebih 100 juta tong minyak melalui selat dan memasuki pasaran terbuka.
- Trump dakwa AS menguasai laluan strategik dan tuduh Tehran melengahkan rundingan damai.
- Tentera AS dilaporkan membedil kira-kira 20 sasaran dalam serangan balas ke atas Iran.
- Serangan menyasarkan sistem pertahanan udara, tapak radar dan stesen kawalan darat Iran.
“Usaha itu telah membolehkan lebih daripada 100 juta tong minyak melalui selat tersebut dan memasuki pasaran terbuka,” dakwa Trump dalam satu hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.
Trump turut mendakwa AS menguasai laluan perairan stretegik itu dan mengulangi dakwaan dengan menyatakan Tehran sengaja ‘melengah-lengahkan’ AS dalam rundingan damai.
Tentera AS dilaporkan telah membedil kira-kira 20 sasaran dalam serangan ke atas Iran, sebagai tindak balas terhadap tindakan menjatuhkan sebuah helikopter Tentera Darat AS berhampiran Selat Hormuz.
Sasaran menyasarkan sistem pertahanan udara, tapak radar dan stesen kawalan darat Iran.-REUTERS