
WASHINGTON, 11 Jun – Satu lagi siri serangan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sasaran di Iran, selepas Presiden Donald Trump berikrar melancarkan serangan baharu sekiranya tiada perjanjian damai dicapai.
- CENTCOM keluarkan rakaman video menunjukkan serangan ke atas sasaran yang didakwa melibatkan sistem komunikasi dan pertahanan udara Iran.
- CENTCOM berkata serangan menyasarkan aset ketenteraan Iran selepas tengah malam waktu Tehran.
- IRGC memaklumkan 18 lokasi utama tentera AS di Kuwait dan Bahrain telah diserang.
- Sasaran termasuk pangkalan Ali Al Salem, Ahmad Al Jaber, pangkalan Sheikh Isa, sistem Patriot dan kemudahan komunikasi Armada Kelima.
Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) telah mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan serangan ke atas sasaran yang didakwa melibatkan sistem komunikasi serta pertahanan udara Iran.
“Serangan yang menyasarkan aset ketenteraan Iran dilakukan selepas tengah malam waktu Tehran,”kata CENTCOM menerusi hantaran di platform ‘X’.
Dalam pada itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan 18 lokasi utama tentera AS di Kuwait dan Bahrain telah diserang.
“Sasaran termasuk pangkalan Ali Al Salem dan Ahmad Al Jaber di Kuwait, bersama pangkalan Sheikh Isa di Bahrain. Turut menjadi sasaran secara berasingan, sistem Patriot dan kemudahan komunikasi milik Armada Kelima AS di Bahrain,”katanya.-AFP