
MONTREAL, 11 Jun – Rang undang-undang baharu diperkenalkan Kanada bagi melarang kanak-kanak di bawah usia 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial serta mengehadkan perkhidmatan chatbox AI daripada menghasilkan kandungan yang memudaratkan.
- Akta Keselamatan Digital menempatkan Kanada antara negara yang memperketat kawalan terhadap media sosial berikutan kebimbangan kesan buruk pada kanak-kanak.
- Pengecualian dibenarkan bagi syarikat yang dapat membuktikan langkah perlindungan penggunaan media sosial kepada kanak-kanak.
- Kerajaan menegaskan langkah menangani cabaran harus selari dengan penghormatan hak kebebasan bersuara.
Menteri Kebudayaan, Marc Miller memberitahu, Akta Keselamatan Digital menjadikan Kanada sebahagian negara yang memperketatkan kawalan terhadap media sosial berikutan kebimbangan mengenai kesan buruk terhadap kanak-kanak.
“Bagaimanapun, ‘pengecualian’ sedia diberi kepada syarikat yang dapat membuktikan langkah perlindungan penggunaan media sosial kepada kanak-kanak dan perkara itu tidak boleh diambil mudah.
“Bagi menangani cabaran ketika ini juga, kerajaan sedia memastikan hak kebebasan bersuara dihormati,”katanya menerusi kenyataan.- AFP