Sukan Asia: Rui Jie-Nurqayyum raih gangsa 3m papan anjal seirama

Foto Fail BERNAMA

TOKYO, 26 September – Gandingan penerjun negara, Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim meraih pingat gangsa acara 3 meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengumpul 345.81 mata selepas enam terjunan di Tokyo Aquatics Centre.
  • Emas dimenangi wakil China Wang Zongyuan-Zheng Jiuyuan (465.87); Jepun Ikuma Senri-Suyama raih perak (355.56).
  • Pungutan mata enam siri: 40.80, 46.20, 69.30, 62.10, 64.17, 63.24.
  • Sebelum ini mereka menang emas acara sama di Sukan SEA Thailand 2025 dengan 359.85 mata.

Berdasarkan keputusan rasmi temasya, pasangan negara mengumpul 345.81 mata selepas enam terjunan pada final yang berlangsung di Tokyo Aquatics Centre, di sini.

Pingat emas menjadi milik wakil China, Wang Zongyuan-Zheng Jiuyuan dengan 465.87 mata, manakala pasangan Jepun, Ikuma Senri-Suyama Haruki meraih perak selepas mengumpul 355.56 mata.

Rui Jie-Nurqayyum berada di kedudukan ketiga keseluruhan selepas menamatkan enam siri terjunan dengan pungutan mata 40.80, 46.20, 69.30, 62.10, 64.17 dan 63.24.

Kejayaan itu meneruskan prestasi positif gandingan berkenaan selepas mereka sebelum ini memenangi emas acara sama pada Sukan SEA Thailand 2025 dengan 359.85 mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.