11 maut, 18 cedera kenderaan sarat bahan letupan rempuh pos keselamatan

Foto AFP

PAKISTAN, 26 September – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 18 lagi cedera selepas sebuah kenderaan sarat bahan letupan merempuh pos pemeriksaan keselamatan polis di Dera Ismail Khandi, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan berlaku di pos pemeriksaan dikendalikan bersama polis, tentera dan kastam.
  • Suspek disyaki pengebom bunuh diri; tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab; pasukan pemusnah bom dihantar.
  • Mangsa termasuk lapan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak; Rescue 1122 meneruskan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

Pegawai polis tempatan mengesahkan serangan itu berlaku di pos pemeriksaan yang dikendalikan bersama anggota polis, tentera dan kastam.

“Seorang pengebom bunuh diri yang disyaki merempuh kenderaan sarat bahan letupan ke pos pemeriksaan itu menyebabkan 11 orang terbunuh,” katanya kepada AFP.

Tiada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab setakat ini. Pasukan pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca letupan.

Mangsa yang maut terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak.

Menurut Rescue 1122, pasukan penyelamat masih meneruskan operasi di lokasi kejadian dan mengeluarkan mangsa dari runtuhan.

Pada awal September, sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 16 anggota polis, terbunuh dalam letupan dan serangan bersenjata di sebuah ibu pejabat polis di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP).- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.