
KUALA LUMPUR, 26 September – Pelumba muda negara, Qabil Irfan disasarkan kembali beraksi pada Moto4 Asia Cup di Motegi, Jepun dari 2 hingga 4 Oktober, sekiranya mendapat pelepasan perubatan.
- Pemulihan Qabil menunjukkan perkembangan positif selepas kecederaan semasa sesi latihan bebas kedua Moto4 European Cup di Valencia pada 5 September.
- Beliau menjalani pembedahan di Hospital de Manises, Valencia dan kini menjalani fisioterapi harian di Malaysia yang diselaraskan oleh pasukan.
- Qabil telah memulakan latihan ringan termasuk berbasikal dan menunggang motosikal untuk membina semula kekuatan fizikal secara berperingkat.
- Beliau terlepas pusingan keenam Moto4 European Cup di Aragon, Sepanyol dari 25 hingga 27 September untuk memberi tumpuan kepada pemulihan.
ZK Racing menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, proses pemulihan Qabil menunjukkan perkembangan positif selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan bebas kedua (FP2) Moto4 European Cup di Valencia pada 5 September lalu.
“Selepas menjalani pembedahan di Hospital de Manises, Valencia, beliau kini menjalani fisioterapi setiap hari di Malaysia yang diselaraskan pasukan berkenaan,” menurut hantaran tersebut.
Hantaran sama turut memaklumkan, Qabil sudah memulakan latihan ringan termasuk berbasikal dan menunggang motosikal bagi membina semula kekuatan fizikal secara berperingkat.
Bagaimanapun, beliau terlepas pusingan keenam Moto4 European Cup di Aragon, Sepanyol dari 25 hingga 27 September bagi memberi tumpuan kepada pemulihan kecederaan.