MetLife Stadium bersedia sambut Piala Dunia FIFA 2026

Para diplomat berpeluang meninjau persiapan di MetLife Stadium

NEW JERSEY, 10 Mei Menjelang penganjuran Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Syarikat, para diplomat berpeluang meninjau persiapan di MetLife Stadium yang bakal menjadi antara venue utama kejohanan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Piala Dunia 2026 New York New Jersey Host Committee menganjurkan sesi taklimat tentang persiapan yang dirancang sejak beberapa tahun.
  • MetLife Stadium dijadual menjadi tuan rumah lapan perlawanan termasuk aksi final kejohanan.
  • Venue sudah dihiasi dengan identiti rasmi kejohanan sebagai simbol persiapan menjelang temasya.
  • Lebih sejuta pengunjung dijangka membanjiri rantau itu, menyemarakkan keterujaan dan menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Lawatan anjuran Piala Dunia FIFA 2026 New York New Jersey Host Committee itu turut disertai sesi taklimat mengenai persiapan yang telah dirancang sejak beberapa tahun lalu.

Stadium ikonik berkenaan dijadualkan menjadi tuan rumah lapan perlawanan termasuk aksi final Piala Dunia FIFA 2026 yang dinanti-nantikan peminat bola sepak dunia.

Ketika ini, venue tersebut sudah dihiasi identiti rasmi kejohanan sebagai simbol bahawa temasya bola sepak terbesar dunia itu semakin menghampiri New Jersey.

Lebih sejuta pengunjung dijangka membanjiri rantau berkenaan sepanjang kejohanan berlangsung, sekali gus menyemarakkan keterujaan menjelang sambutan global yang bakal menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia.