Belanjawan 2027: Penangguhan bayaran balik PTPTN bantu graduan peringkat awal kerjaya

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan disifatkan langkah relevan dalam membantu graduan menghadapi cabaran kos sara hidup, khususnya pada peringkat awal kerjaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif memberi ruang graduan mengurus kewangan dan menampung kos keperluan harian pada peringkat awal kerjaya.
  • Skema bayaran balik serendah RM50 sebulan membantu graduan baru menyusun semula kewangan pada permulaan pekerjaan.
  • Kemudahan ini perlu dimanfaatkan sebaiknya tanpa mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman PTPTN.

Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Profesor Madya Dr. Badrul Isa berkata, inisiatif itu sekaligus memberi ruang kepada graduan untuk mengurus kewangan lebih teratur khususnya dalam menampung kos keperluan harian.

“Inisiatif bayaran balik serendah sebanyak RM50 satu bulan merupakan satu lagi inisiatif baru yang berpotensi untuk membantu graduan yang baru mendapat pekerjaan untuk menyusun semula kewangan mereka pada awal pekerjaan.”

“Penetapan bayaran balik RM50 ini sudah pasti membina keyakinan dan disiplin yang lebih praktikal mahasiswa baru. Selain daripada membolehkan mereka untuk “katanya kepada pemberita RTM.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaiknya tanpa mengabaikan tanggungjawab asas peminjam untuk melunaskan pinjaman PTPTN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.