Belanjawan 2027: KPKT sambut baik peningkatan peruntukan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang memperuntukan sejumlah RM6.355 bilion kepada kementerian itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan belanjawan memperkukuh agenda perumahan, menaik taraf kemudahan awam, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan kesiapsiagaan perkhidmatan kebombaan.
  • Peruntukan membolehkan kerja penyelenggaraan lebih banyak seperti penggantian lif, mengecat bangunan dan membaiki kerosakan kemudahan awam.
  • Peruntukan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar dinaikkan kepada RM80 juta bagi menjaga kebajikan komuniti.

Menterinya Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut bertujuan memperkukuh agenda perumahan, menaik taraf kemudahan awam dan meningkatkan kesejahteraan komuniti serta kesiapsiagaan perkhidmatan kebombaan di seluruh negara.

Menurutnya peruntukan itu juga membolehkan lebih banyak kerja penyelenggaraan dilaksanakan termasuk penggantian lif, mengecat bangunan dan membaiki kerosakan kemudahan awam.

“Secara kesimpulannnya, jelas ini adalah satu belanjawan berjiwa rakyat, bervisi jauh serta mampu untuk terus mengangkat ekonomi negara kita dengan dua tujuan mengangkat ekonomi negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, di sini.

Dalam pada itu, peruntukkan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara pula ditingkatkan kepada RM80 juta.

Langkah tersebut mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh kemudahan awam serta menjaga kebajikan komuniti di seluruh negara termasuk melalui
penyelenggaraan prasarana dan rumah ibadat yang berdaftar.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.