Bandar MADANI Bukit Jalil dilaksana secara berfasa

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Projek pembangunan Bandar MADANI di Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara berfasa bagi membantu warga kota memiliki kediaman tetap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fasa pertama tertakluk kepada syarat tertentu dan kelulusan perancangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Projek tersebut akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal; pendaftaran fasa satu bermula 11 Oktober.
  • Kerajaan menjangka 104 ekar Bukit Kiara diwartakan sebagai Taman Persekutuan dan meneruskan laluan berbumbung, program Lestari Niaga serta cat semula PPR.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, fasa pertama tertakluk kepada syarat ditetapkan dan kelulusan kebenaran merancang daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Yang itu adalah fasa pertama yang Perdana Menteri sebutkan. Semua ini adalah untuk membantu warga kota mempunyai perumahan tetap, yang ini adalah untuk Rumah Madani. Jadi semua itu ada syarat-syarat tertentu dan ini hanya untuk fasa pertama. Juga tertakluk kepada kebenaran merancang yang akan dikeluarkan oleh DBKL nanti,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bandar MADANI Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal dengan pendaftaran fasa satu dibuka bermula 11 Oktober ini.

Menurut Hannah lagi, sebanyak 104 ekar kawasan Bukit Kiara pula dijangka diwartakan sebagai Taman Persekutuan mulai tahun depan.

Tambah beliau, kerajaan turut meneruskan penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung, program Lestari Niaga dan kerja mengecat semula Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.