FAM sasar Harimau Malaya kembali jadi nombor satu Asia Tenggara

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan

KELANA JAYA, 22 September – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan meletakkan sasaran awal buat pasukan Harimau Malaya untuk muncul sebagai pasukan nombor satu Asia Tenggara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran awal: Harimau Malaya kembali menjadi pasukan nombor satu Asia Tenggara.
  • Pencapaian itu boleh direalisasikan melalui keyakinan dan kerjasama semua pihak.
  • Pemulihan kecemerlangan bola sepak tanggungjawab bersama untuk membina semula ekosistem negara.

Sasaran itu mampu dicapai dengan keyakinan serta kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pembangunan bola sepak negara.

“Sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini, kita mestilah menjadi nombor satu di peringkat ASEAN atau Asia Tenggara. Bukan tidak boleh, kita boleh buat, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan FAM 100 Tahun di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, di sini.

Usaha mengembalikan kecemerlangan bola sepak negara bukan tanggungjawab FAM semata-mata, sebaliknya, semua pemegang taruh perlu memainkan peranan bagi memastikan pembangunan bola sepak negara dapat diperkukuh.

Perkara itu selari dengan seruan beliau supaya semua pihak bekerjasama dalam membina semula ekosistem bola sepak Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.