Pelaburan asing penting, nasib peniaga kecil tempatan tetap dipelihara – PM

Perdana Menteri pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri di Kompleks Persekutuan Muadzam Shah Anak Bukit di sini/Foto Facebook Anwar Ibrahim

ALOR SETAR, 25 September – Kerajaan akan terus memastikan kelangsungan peniaga kecil tempatan tidak terjejas meskipun giat menarik kemasukan pelaburan asing terutama yang berimpak tinggi ke negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaburan besar dalam teknologi, AI, komputer dan semikonduktor penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Kerjasama dagang dan pelaburan tidak ditolak; hubungan mesti memberi manfaat nyata kepada rakyat.
  • Perkembangan teknologi perubatan, termasuk penggunaan AI, menunjukkan teknologi tinggi boleh membantu memulihkan kualiti hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan besar khususnya dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan (AI), komputer dan semikonduktor penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kerajaan tidak mahu kemasukan syarikat asing sehingga boleh menyebabkan peniaga kecil tempatan seperti pengusaha kedai makan, kedai kopi dan kedai gunting rambut terjejas.

“Walaupun saya bawa pelaburan asing tapi saya tak ganggu peniaga kecil… saya bukan saja-saja pergi luar negara,” jelas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri di Kompleks Persekutuan Muadzam Shah Anak Bukit di sini.

Bagaimanapun, menurutnya, pendirian itu tidak bermaksud Malaysia menolak hubungan dagang dan pelaburan dengan negara lain, sebaliknya kerjasama tersebut perlu memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut memberi contoh perkembangan teknologi perubatan di China yang ketika ini mampu mengubati orang buta sehingga dapat kembali melihat.

“Perkembangan teknologi itu menunjukkan bagaimana kemajuan AI dan teknologi tinggi boleh dimanfaatkan secara terus untuk membantu rakyat,”ujar beliau lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.