Emas sepak takraw: PM sifatkan kemenangan cukup bermakna


KUALA LUMPUR, 25 September – “Satu kemenangan cukup bermakna dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia,”

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad sepak takraw negara selepas meraih emas regu berpasukan lelaki.
  • Kejayaan itu menamatkan penantian 36 tahun Malaysia untuk kembali meraih emas dalam acara berkenaan.
  • Kemenangan turut menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.
  • Skuad menewaskan Thailand 2-0 di final Paloma Mizuho Arena, mengulangi pencapaian bersejarah Sukan Asia 1990 Beijing.

Demikian ucapan tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada skuad sepak takraw negara selepas berjaya meraih emas acara regu berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Datuk Seri Anwar berkata, kejayaan itu sekali gus berjaya menamatkan penantian 36 tahun untuk Malaysia kembali meraih emas dalam acara tersebut.

“Kejayaan ini turut menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.

“Syabas anak-anak Malaysia. Terus mengharumkan nama negara!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Skuad sepak takraw negara menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Paloma Mizuho Arena.

Kejayaan gemilang itu mengulangi pencapaian bersejarah pada Sukan Asia 1990 di Beijing, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.