Semangat juang, konsistensi kunci kejayaan emas skuad takraw

Ketua Jurulatih Skuad Sepak Takraw Negara, Ahmad Jais Baharun / Foto Majlis Sukan Malaysia

NAGOYA, 25 September – Semangat juang yang tinggi serta corak persembahan konsisten, menjadi antara kunci kejayaan skuad sepak takraw negara dalam meraih emas acara regu berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menamatkan penantian 36 tahun dengan meraih emas acara regu negara.
  • Penghargaan kepada pemain dan peminat atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi.
  • Ucapan terima kasih kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia, Majlis Sukan Malaysia dan Institut Sukan Negara.
  • Berharap momentum kejayaan diteruskan bagi menyambung misi memburu emas seterusnya.

Ketua Jurulatih Skuad Sepak Takraw Negara, Ahmad Jais Baharun berkata, kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk Malaysia kembali meraih emas dalam acara itu, hasil kerja keras para pemain dan sokongan padu peminat sukan tanah air.

“Terima kasih kepada semua pemain dan peminat sepak takraw tanah air yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Kejayaan ini untuk kalian semua.

“Para pemain telah membuktikan semangat juang yang amat tinggi, prestasi yang baik dan konsisten. Ini adalah satu memori yang sukar dilupakan buat pasukan negara,” katanya.

Foto Majlis Sukan Malaysia

Ahmad Jais turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam mencapai kejayaan tersebut termasuk Persekutuan Sepak Takraw Malaysia, Majlis Sukan Malaysia dan Institut Sukan Negara.

Beliau berharap, momentum kejayaan itu dapat diteruskan skuad takraw negara acara regu dalam menyambung misi memburu emas yang dijadual berlangsung pada Ahad ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.