Roadmap FAM dibincang dalam mesyuarat exco 30 September

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan

KELANA JAYA, 22 September – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membangunkan pelan asas jangka masa panjang (roadmap) baharu bagi memastikan hala tuju pembangunan bola sepak negara lebih tersusun dan mempunyai sasaran yang jelas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat Exco pada 30 September akan membincangkan hala tuju dan perincian perancangan pembangunan bola sepak.
  • Perancangan mesti merangkumi pembangunan menyeluruh, termasuk pemain peringkat akademi dan struktur pertandingan.
  • Struktur berbentuk piramid perlu ditetapkan supaya pemegang taruh dan akademi memahami peranan jelas.
  • Setiap peringkat pertandingan wajib menilai perkembangan pemain dan menyediakan laluan pembangunan; pelaksanaan perlu segera.

Presiden FAM Datuk Ab Ghani Hassan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco pertama FAM pada 30 September ini.

“Kita akan menyediakan hala tuju FAM. Kita sudah mempunyai gambaran mengenai perkara yang diperlukan. Namun, sebagai Presiden FAM, perkara ini akan saya bincangkan dalam mesyuarat exco pertama pada 30 hari bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan FAM 100 Tahun di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, di sini.

Pelan asas jangka masa panjang baharu tersebut perlu merangkumi pembangunan bola sepak secara menyeluruh, termasuk pemain di peringkat akademi dan pertandingan.

Pembangunan bola sepak negara perlu mempunyai struktur yang jelas berbentuk piramid supaya semua pihak termasuk pemegang taruh dan penggiat akademi mengetahui hala tuju masing-masing.

Setiap peringkat pertandingan juga perlu mempunyai fungsi dalam menilai perkembangan pemain. Pendekatan itu penting supaya pemain yang berada dalam akademi mempunyai laluan pembangunan dan peluang untuk dinilai berdasarkan penglibatan mereka dalam kejohanan.

Datuk Ab Ghani menegaskan semua perkara berkaitan pembangunan bola sepak negara perlu dilaksanakan dengan segera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.