
NEW YORK, 25 September – Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye bersetuju mempercepat persiapan pelaksanaan Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah (MJDA) termasuk merancang mengadakan mesyuarat tergempar ketua-ketua angkatan tentera bagi ketiga-tiga negara berkenaan.
- Membincangkan penubuhan Sekretariat Agung, jawatankuasa dan kumpulan kerja di bawah kerangka Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah.
- Mengecam serangan terhadap kota suci Mekah, memuji kesiapsiagaan Angkatan Tentera Arab Saudi dan menegaskan hak Riyadh menurut Artikel 51.
- Perjanjian menegaskan kolektif pertahanan; menumpukan kepada mekanisme tindak balas bersama, pematuhan undang-undang antarabangsa dan penyelesaian aman.
Persetujuan dicapai menerusi pertemuan Menteri Luar Pakisan, Mohammad Ishaq Dar, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah dan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di New York.
Pertemuan tersebut antaranya menyentuh mengenai penubuhan Sekretariat Agung, jawatankuasa serta kumpulan kerja di bawah kerangka perjanjian berkenaan.
Ketiga-tiga menteri mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan kota suci Mekah dan kemudahan awam serta ekonomi di Arab Saudi.
Selain itu, kesemua pemimpin turut memuji kesiapsiagaan Angkatan Tentera Arab Saudi dalam mempertahankan keselamatan negara itu selain, menegaskan hak Riyadh untuk mengambil tindakan keselamatan sewajarnya selaras Artikel 51 Piagam PBB.
Ketiga-tiga menteri tersebut turut merancang mengadakan mesyuarat tergempar ketua-ketua angkatan tentera negara masing-masing bagi meneroka bentuk bantuan kepada Arab Saudi di bawah MJDA.
Perjanjian itu menetapkan bahawa serangan terhadap mana-mana satu pihak akan dianggap sebarang serangai terhadap semua pihak.
Perkembangan tersebut menunjukkan tumpuan ketiga-tiga negara kini bukan sahaja kepada penyelarasan struktur MJDA, malah kepada mekanisme tindak balas dan bantuan bersama sekiranya keselamatan salah satu anggotanya terancam.
Dalam pertemuan sama, ketiga-tiga menteri bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau berkenaan.
Mereka menekankan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa, menghormati kedaulatan negara, prinsip berjiran baik serta tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.
Mereka turut menegaskan kepentingan memastikan keselamatan dan kebebasan pelayaran, selain menyatakan komitmen untuk menyokong usaha meredakan ketegangan dan menggalakkan penyelesaian secara aman terhadap krisis serantau.
Ketiga-tiga negara turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama ke arah keamanan dan kestabilan rantau yang berkekalan.- REUTERS