Antonelli juarai Grand Prix Amerika Syarikat

Kimi Antonelli (dua, kiri) meraikan kejayaan di podium bersama pemenang tempat kedua, Charles Leclerc (kiri), Ketua Teknologi Aerodinamik Mercedes, Pierluigi Orsi (dua, kanan), dan pemenang tempat ketiga, Max Verstappen (kanan), selepas perlumbaan F1 GP Amerika Syarikat di Litar Amerika, Austin, Texas, pada Ahad/ AFP

AUSTIN, 26 Oktober- Kimi Antonelli daripada pasukan Mercedes muncul juara Grand Prix (GP) Amerika Syarikat selepas menamatkan perlumbaan di Litar Amerika (COTA), Austin, Texas, pada Ahad dalam catatan masa satu jam 35 minit 16.650 saat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kimi Antonelli menang Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Amerika, Austin.
  • Charles Leclerc menamatkan di tempat kedua, Max Verstappen di tempat ketiga.
  • Lewis Hamilton keempat, Lando Norris kelima, Isack Hadjar keenam; Oscar Piastri dan George Russell juga dalam top 10.
  • Antonelli terus mendahului kedudukan pemandu dengan 365 mata; Mercedes teratas dalam kejuaraan pengeluar dengan 607 mata.

Charles Leclerc daripada Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 13.078 saat di belakang Antonelli, manakala Max Verstappen daripada Red Bull di tempat ketiga, ketinggalan 17.485 saat.

Lewis Hamilton (Ferrari) menduduki tempat keempat, diikuti Lando Norris (McLaren) di tempat kelima dan Isack Hadjar (Red Bull) di tempat keenam.

Oscar Piastri (McLaren) menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, diikuti George Russell (Mercedes), Liam Lawson (RB) dan Pierre Gasly (Alpine) untuk melengkapkan kelompok 10 pelumba teratas.

Kemenangan itu menyaksikan Antonelli terus mendahului kedudukan keseluruhan Kejuaraan Dunia Pelumba dengan 365 mata, diikuti Russell dengan 242 mata dan Hamilton dengan 241 mata.

Verstappen berada di tempat keempat dengan 236 mata, manakala Leclerc di tangga kelima dengan 233 mata.

Dalam kedudukan Kejuaraan Dunia Pengeluar, Mercedes mendahului dengan 607 mata, diikuti Ferrari (474), Red Bull dan McLaren yang masing-masing mengumpul 355 mata. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.