Diplomasi diraja bawa Formula 1 kembali ke Malaysia menerusi GP Bahrain

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa / Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia menerusi penganjuran Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang disifatkan sebagai hasil kejayaan diplomasi diraja yang terjalin antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hubungan akrab sejak 2017 menjadi asas kerjasama strategik bagi penganjuran perlumbaan Formula 1.
  • Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada 2025 mengukuhkan persahabatan peribadi dan hubungan diplomatik.
  • Perbincangan mesra antara Raja Hamad dan Yang di-Pertuan Agong memacu persefahaman kerajaan, Formula 1 dan FIA untuk anjur GP di Sepang.

Hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua pemimpin sejak 2017 menjadi asas kepada kerjasama strategik yang membolehkan perlumbaan berprestij itu dianjurkan di Malaysia.

Persahabatan peribadi antara Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad terus diperkukuhkan menerusi Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada 2025, sekali gus mempererat hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Susulan cabaran terhadap kalendar perlumbaan Formula 1 akibat konflik bersenjata di Asia Barat, penganjuran Formula 1 Grand Prix Bahrain berdepan ketidaktentuan dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan perlumbaan berprestij itu dapat diteruskan.

Dalam usaha mencari penyelesaian, Raja Hamad mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan Yang di-Pertuan Agong.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan semangat persahabatan itu menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA).

Hasil persefahaman yang dicapai, Formula 1 Grand Prix Bahrain dipersetujui untuk dianjurkan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, sekali gus mengembalikan perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.

Pengumuman Sepang sebagai tuan rumah Formula 1 Grand Prix Bahrain disambut baik, khususnya dalam kalangan peminat Formula 1 di Malaysia dan rantau ini, selain mencipta lembaran baharu yang mencerminkan eratnya hubungan diplomasi diraja antara Sultan Ibrahim dan Raja Hamad.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.