Speedy Tigers fokus tingkatkan disiplin menjelang Piala Dunia Hoki 2026

Brendon Carolan. Foto/Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Skuad Speedy Tigers kini fokus untuk meningkatkan disiplin permainan dan penguasaan bola sebagai persediaan menjelang Kejohanan Piala Dunia Hoki 2026 yang berlangsung di Belgium dan Belanda pada 14 hingga 30 Ogos depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkemaskan struktur pertahanan, termasuk pengawalan susunan permainan untuk kesiapsiagaan menghadapi lawan yang lebih sengit.
  • Latihan fokus mengurangkan kehilangan bola; pemain menunjukkan peningkatan dalam kawalan dan penguasaan bola.
  • Latihan menekankan pengenalan pergerakan lawan serta jelaskan aspek yang masih perlu diperbaiki.
  • Jurulatih yakin dengan perkembangan pasukan; tempoh latihan baik memberi keyakinan untuk menghadirkan aksi cemerlang.

Ketua Jurulatih, Brendon Carolan berkata, pasukannya kini memberi penekanan terhadap aspek pertahanan, termasuk memperkemaskan struktur permainan bagi memastikan pemain lebih bersedia menghadapi cabaran di pentas dunia.

“Dalam sesi latihan, mereka sudah menunjukkan peningkatan dengan tidak lagi banyak kehilangan bola seperti sebelum ini.

“Kami juga telah melakukan banyak kerja dalam memperkemaskan struktur pertahanan, termasuk belajar mengekori pergerakan pemain lawan serta mengenal pasti secara jelas aspek yang masih belum cukup baik,” katanya dalam sidang media di sini.

Sementara itu, Brendon turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan barisan pemain yang dipilih, berdasarkan perkembangan positif sepanjang tempoh persediaan.

“Saya sentiasa percaya kepada kumpulan pemain ini. Saya melihat mereka semakin baik dalam mengawal penguasaan bola dan kami juga semakin kurang melakukan kesilapan.

“Dengan tempoh latihan yang baik, saya percaya kami mampu memberikan aksi yang sangat baik,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.