
PUTRAJAYA, 12 Oktober – Siasatan berhubung penularan rakaman yang didakwa memaparkan seorang individu Islam melakukan ritual agama lain, diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan lanjut.
- JAKIM dan JAWI akan terus memantau serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu berkenaan.
- JAIS memulakan siasatan, meneliti kesahihan rakaman dan dakwaan lokasi kejadian.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 mengenai pemujaan bertentangan syarak dan penghinaan Islam.
- Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak disahkan; beri ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pemantauan akan dilakukan selain meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu berkenaan.
“Buat masa ini, siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa agama, termasuk pihak berkuasa agama negeri yang akan memaklumkan perkembangan selanjutnya.
“Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM dan JAWI akan meneruskan usaha pemantauan serta meningkatkan kesedaran masyarakat
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Sebelum itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memulakan siasatan susulan penularan rakaman berkenaan, termasuk meneliti kesahihan video dan dakwaan lokasi kejadian.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pula berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, berkaitan perbuatan menunjukkan pemujaan dengan cara yang bertentangan dengan hukum syarak serta menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberi ruang
kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.