
KUALA LUMPUR, 12 Oktober -Kerajaan akan membuat penyesuaian mengikut perkembangan harga minyak bagi menguruskan perbelanjaan subsidi petroleum, seiring usaha mencapai sasaran defisit fiskal 3.3 peratus pada 2027.
- Kerajaan kekal komited terhadap pengurusan kewangan berdisiplin untuk mengekalkan keyakinan pelabur.
- Ketidaktentuan di Asia Barat diambil kira dalam unjuran fiskal; harga minyak dijangka kekal tinggi.
- Kerajaan komited mencapai defisit fiskal 3 peratus menjelang 2028 menurut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, kerajaan kekal komited terhadap pengurusan kewangan yang berdisiplin bagi mengekalkan keyakinan pelabur.
Menurut beliau, ketidaktentuan di Asia Barat telah diambil kira dalam unjuran fiskal kerajaan, dengan harga minyak dijangka kekal tinggi pada paras semasa.
“Walaupun kita anggarkan tahun ni subsidi produk petroleum dah sekitar 40 Billion, kita unjurkan akan juga kekal pada 40 billion, tapi seperti mana yang telah dilaksanakan pada tahun ini bila harga minyak lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan, kita akan membuat penyesuaian mengikut keadaan.” katanya pada program Debat Pasca Belanjawan 2027 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.
Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan kekal komited terhadap sasaran pengurangan defisit fiskal daripada 3.6 peratus tahun ini kepada 3.3 peratus pada 2027.
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk mencapai defisit fiskal tiga peratus menjelang 2028, seperti digariskan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.