
MIAMI, 28 JUN – Colombia dan Portugal mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan terakhir kumpulan K pagi tadi.
- Colombia mara ke pusingan seterusnya selepas mengumpul tujuh mata, kekal di kedudukan pertama kumpulan.
- Portugal mara dengan lima mata dan akan berdepan Croatia pada pusingan ke-32.
- Di Stadium Miami perlawanan seimbang; Colombia lebih menguasai dengan beberapa percubaan merbahaya, tandukan Sanchez dibatalkan kerana ofsaid.
Keputusan berkenaan menyaksikan Colombia yang bimbingan Nestor Lorenzo mara ke pusingan seterusnya selepas mengutip tujuh mata untuk kekal di kedudukan pertama kumpulan.
Skuad yang diberi jolokan Los Cafeteros berkenaan dijadual menentang Ghana dalam pusingan kalah mati pada 4 Julai depan.
Sementara itu, Portugal yang diketuai pemain bintang Cristiano Ronaldo pula mara dengan mengumpul lima mata dalam tiga perlawanan.
Pasukan yang dibimbing Roberto Martínez tersebut akan berdepan Croatia pada pusingan ke-32.
Pada aksi di Stadium Miami berkenaan, kedua-dua pasukan bermain secara seimbang, namun Colombia lebih banyak menguasai perlawanan menerusi beberapa percubaan merbahaya.
Colombia hampir meraih kemenangan pada penghujung perlawanan menerusi tandukan Davinson Sanchez, namun dibatalkan kerana ofsaid.