
ATLANTA, 28 JUN – Penyerang Congo, Yoane Wissa muncul wira selepas menjaringkan dua gol untuk membantu skuadnya menewaskan Uzbekistan 3-1, sekali gus layak ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara itu.
- Les Leopards akan berdepan England dalam aksi kalah mati pada 2 Julai.
- Eldor Shomurodov meletakkan Uzbekistan di hadapan pada minit ke-10.
- Yoane Wissa menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-68.
- Fiston Mayele meletakkan Congo di hadapan pada minit ke-78; Wissa kemudian jaring rembatan kencang masa kecederaan, gol ketiga peribadi.
Skuad yang diberi jolokan Les Leopards itu akan bertemu England dalam aksi kalah mati pada 2 Julai depan.
Dalam perlawanan di Stadium Atlanta tersebut, penyerang, Eldor Shomurodov meletakkan Uzbekistan di hadapan seawal minit ke-10, sebelum Wissa yang juga pemain New Castle United menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di minit ke-68.
Penyerang, Fiston Mayele seterusnya meletakkan Congo dihadapan pada minit ke-78
Wissa melengkapkan malam bersejarah buat wakil Afrika itu apabila menjaringkan gol ketiga menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada masa kecederaan, yang menjadi jaringan ketiga peribadinya di pentas Piala Dunia 2026.