
ARLINGTON, 28 JUN – Korea Selatan gagal mara ke pusingan kalah mati, Piala Dunia 2026 yang berkemungkinan membawa kepada persaraan ketua pasukan, Son Heung-min di pentas antarabangsa.
- Disahkan gagal menjadi antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik, tersingkir dari saingan.
- Dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Afrika Selatan yang berada di ranking lebih rendah.
- Keputusan Hong Myung-bo merehatkan Son Heung-min memakan diri dan menjadikan beliau sasaran kecaman.
- Satu-satunya kemenangan adalah 2-1 ke atas Republik Czech pada aksi pembukaan kumpulan.
Skuad Taegeuk Warriors itu disahkan gagal menjadi antara lapan pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik sebaik aksi terakhir peringkat kumpulan lain selesai pagi tadi.
Pasukan kendalian Hong Myung-bo berkenaan hampir melangkah ke pusingan 32 terbaik, namun dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Afrika Selatan yang berada di ranking lebih rendah pada Rabu.
Tindakan Myung-bo yang merehatkan ketua pasukan, Son Heung-min mencetuskan kejutan, namun percaturan itu memakan diri hingga menyaksikan dia menjadi sasaran utama kecaman.
Korea Selatan menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan A di belakang tuan rumah bersama Mexico dan Afrika Selatan.
Satu-satunya kemenangan yang diraih ialah ketika berdepan Republik Czech pada aksi pertama kumpulan yang berkesudahan dengan 2-1.