Pesta sukan pupuk kepimpinan, semangat berpasukan belia

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Penglibatan golongan muda dalam penganjuran aktiviti sukan dapat membina pengalaman kepimpinan serta memupuk semangat berpasukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengendalian program mendedahkan belia kepada perancangan strategi, kerjasama dan pengurusan perbezaan pendapat.
  • Belia perlu bermula dari bawah untuk mempelajari penyusunan strategi dan kemahiran bekerja sebagai satu pasukan.
  • Perbezaan pandangan harus ditangani melalui sikap bertolak ansur dan kompromi bagi mengekalkan kerjasama.
  • Penglibatan aktif dalam program seumpama itu mempersiapkan belia memikul tanggungjawab kepimpinan pada masa hadapan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengalaman mengendalikan sesuatu program memberi pendedahan kepada golongan itu mengenai kepentingan merancang strategi, bekerjasama dan mengurus perbezaan pandangan bagi mencapai matlamat bersama.

“Sekiranya kita ingin menjadi orang yang terlibat dalam memimpin sesuatu pasukan pada masa akan datang, kita kena bermula dari bawah. Kita kena belajar bagaimana menyusun strategi dan bekerja sebagai satu pasukan.

“Walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam satu pasukan, akhirnya apabila kita nak memenangi sesuatu pertandingan, kita semua kena bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Futsal Piala DSJ di SLK Futsal Batu Caves, di sini, hari ini.

Perbezaan pandangan dalam sesebuah organisasi perlu ditangani menerusi sikap bertolak ansur dan kompromi bagi memastikan perselisihan tidak menjejaskan kerjasama pasukan.

Menurut Datuk Seri Johari, penglibatan dalam program seumpama itu dapat membantu golongan muda membina pengalaman bekerja dalam pasukan serta mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab kepimpinan pada masa hadapan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.