
PUTRAJAYA, 10 Oktober – Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi tiba di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada pukul 12.57 tengah hari tadi dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- El-Sisi menandatangani buku pelawat dan merakam gambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala menilai kerjasama serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.
- Pertukaran beberapa memorandum persefahaman diikuti Majlis Minum Petang Rasmi, Majlis Sambutan Negara dan menghadap Sultan Ibrahim.
Sejurus tiba, El-Sisi kemudian menandatangani buku pelawat dan kedua-dua pemimpin turut berkesempatan merakam gambar kenangan di sini.
Datuk Seri Anwar dan El-Sisi kemudian mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama
Kedua-dua pemimpin juga dijangka bakal menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir, diikuti Majlis Minum Petang Rasmi anjuran Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Terdahulu, El-Sisi diberikan Majlis Sambutan Negara, disusuli Majlis Menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Ini lawatan negara pertama El-Sisi ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Jun 2014.