Pilihan Raya Presiden, Parlimen Palestin ditetapkan 11 September 2027

Mahmoud Abbas/ AFP

RAMALLAH, 10 Oktober – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, pada Sabtu mengeluarkan dekri menetapkan pilihan raya presiden dan parlimen diadakan serentak pada 11 September 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi berita Wafa melaporkan pengumuman mengenai pelan pilihan raya itu.
  • Pengumuman itu menangguhkan pilihan raya parlimen yang dijadualkan sebelum ini.
  • Pilihan raya parlimen sebelum ini dijadualkan pada 28 November 2026.
  • Pilihan raya parlimen mendapat tekanan kuat daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut media rasmi Palestin, pengumuman itu sekali gus menangguhkan pilihan raya parlimen yang dijadualkan sebelum ini.

“Abbas mengeluarkan dekri presiden pada Sabtu bagi menetapkan pilihan raya presiden dan parlimen diadakan serentak pada 11 September 2027,” menurut kenyataan itu disiarkan agensi berita Wafa.

Pilihan raya parlimen yang mendapat desakan kuat daripada masyarakat antarabangsa itu sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 28 November 2026, manakala pilihan raya presiden dijangka diadakan pada awal 2027.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.