
KANOWIT, 9 November – Sebuah rumah panjang 24 pintu berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tuah, Kanowit, Sarawak musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.
- Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
- PGO JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.39 pagi.
- Anggota dari balai bomba setempat dibantu BBP Sibu Jaya digerakkan ke lokasi.
- Operasi gunakan dua aliran salur bantu, dua hos 400 kaki dan empat nozel; pemeriksaan serta pembersihan bara dijalankan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.39 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, dibantu BBP Sibu Jaya, kemudian digerakkan ke lokasi.
Mereka tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 46 kilometer dari balai pada pukul 2.30 pagi.
Menurut Komander Operasi, PBK I Winston Tan, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula serta dua aliran hos sepanjang 400 kaki dengan empat unit nozel.
Selepas api berjaya dipadamkan, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan dan pembersihan bara bagi memastikan tiada nyalaan semula berlaku.