FFM35 perkenal sistem juri baharu – FINAS

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching merasmikan majlis pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Wisma Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) akan memperkenalkan sistem penjurian baharu yang menggabungkan penilaian juri profesional dengan bekas pemenang anugerah bagi meningkatkan ketelusan pemilihan pemenang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekas pemenang akan terlibat menilai lima calon terbaik, termasuk filem, lakonan dan lakon layar, serta memberikan markah.
  • FFM35 bertemakan "Spektrum Sinema", berlangsung 21 November di Istana Budaya, dengan lebih 80 filem tempatan dan siaran langsung melalui RTM.
  • Industri perfileman tempatan catat kutipan rekod RM247.95 juta pada 2025; penonton meningkat kepada 14.83 juta, lonjakan besar.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkata, pendekatan itu diperkenalkan bagi memenuhi aspirasi penggiat filem tempatan, selain memberi ruang kepada penggiat industri menilai hasil karya rakan sejawat mereka.

Beliau berkata, bekas pemenang akan terbabit dalam penilaian lima calon terbaik, termasuk aspek filem, lakonan dan lakon layar.

“Bagi lima calon terbaik, kita akan membawa pemenang terdahulu untuk menilai filem, lakonan dan lakon layar serta memberikan markah. Dengan cara ini, penggiat industri menilai hasil kerja industri mereka sendiri,” katanya.

FFM35 bertemakan “Spektrum Sinema” dijadual berlangsung pada 21 November ini di Istana Budaya, dengan penyertaan lebih 80 filem tempatan. Majlis anugerah itu akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam perkembangan berkaitan, industri perfileman tempatan mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM247.95 juta pada 2025, meningkat 48.8 peratus berbanding RM166.57 juta pada 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah penonton filem tempatan turut meningkat 107.7 peratus kepada 14.83 juta orang pada tahun lalu, berbanding 7.14 juta pada 2024.

Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM73.64 juta, diikuti Papa Zola The Movie dengan RM63.88 juta dan Ejen Ali The Movie 2 sebanyak RM58.40 juta.

Teo berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian FFM35 dan pengumuman lima calon terbaik di Menara FINAS, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.