Persiapan Bintang P. Ramlee 2026 ‘Satu Dalam Sejuta’ di fasa akhir

Foto RTM

KUCHING, 10 Oktober – Mengekalkan kesinambungan Bintang P. Ramlee selama 38 tahun bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan perancangan rapi dan komitmen tinggi bagi memastikan program itu terus relevan serta memartabatkan karya seniman agung tanah air.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 kini berada di fasa akhir menjelang siaran langsung malam esok.
  • Bertemakan "Satu Dalam Sejuta", enam peserta mewakili zon dengan persembahan solo mengangkat karakter dan keunikan P. Ramlee.
  • Aspek teknikal, pentas dan protokol berada pada tahap siap siaga; raptai penuh merangkumi ketibaan tetamu hingga penyampaian hadiah.
  • Kemuncak disiarkan langsung di TV2 esok pukul 9 malam dan di RTM Klik serta Facebook Sarawak FM, diacarakan Nabila Huda dan Tony Eusoff.

Persiapan bagi Kemuncak Bintang P. Ramlee (BPR) 2026 kini berada di fasa akhir menjelang siaran langsung yang dijadualkan malam esok.

Bertemakan “Satu Dalam Sejuta”, edisi kali ini menampilkan enam peserta yang mewakili setiap zon dengan persembahan solo yang mengangkat karakter dan keunikan seniman agung, P. Ramlee.

Menurut Penerbit Kemuncak Bintang P. Ramlee, Muhamad Asyraf Ishak, persiapan dari aspek teknikal, pentas dan protokol berjalan lancar mengikut perancangan.

“Setakat ini, persiapan teknikal, pentas dan pasukan protokol berada pada tahap siap siaga bagi memastikan kelancaran Kemuncak Bintang P. Ramlee malam esok.

“Raptai penuh turut meliputi keseluruhan perjalanan acara, bermula daripada ketibaan tetamu kenamaan hingga sesi penyampaian hadiah, bagi memastikan setiap segmen berlangsung dengan teratur,” katanya.

Majlis akan dikendalikan oleh Nabila Huda dan Tony Eusoff, selain menampilkan persembahan artis undangan Amir Masdi, Aina Abdul serta juara Bintang P. Ramlee 2024, Danie Hasbullah.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000, manakala naib juara menerima RM15,000 dan pemenang tempat ketiga RM10,000. Pemenang kategori Persembahan Terbaik pula akan menerima RM2,000, sementara peserta lain menerima hadiah sagu hati sebanyak RM5,000.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka hadir bagi memeriahkan malam kemuncak berkenaan.

Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 esok, pukul 9 malam, dan boleh ditonton melalui platform RTM Klik serta Facebook Sarawak FM.

Nabila Huda dan Tony Eusoff bakal mengacarakan malam kemuncak itu, yang turut menampilkan persembahan artis undangan Amir Masdi, Aina Abdul dan juara Bintang P. Ramlee 2024, Danie Hasbullah.

Juara bakal membawa pulang RM20,000, naib juara RM15,000, tempat ketiga RM10,000, Persembahan Terbaik RM2,000, manakala sagu hati RM5,000.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka hadir bagi memeriahkan malam kemuncak.

Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 bersiaran secara langsung di TV2 esok pukul 9 malam, dan boleh ditonton menerusi RTM Klik serta Facebook Sarawak FM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.