
PUTRAJAYA, 3 September- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyalurkan bantuan dan sokongan psikososial termasuk kaunseling kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang terjejas bencana di Nepal minggu lalu.
- Bantuan akan diselaraskan bersama Kementerian Luar Negeri berdasarkan maklumat keperluan keluarga rakyat Malaysia yang terjejas.
- Kementerian Luar Negeri akan memaklumkan jika diperlukan sokongan termasuk kaunseling psikososial.
- KPWKM mempunyai prosedur operasi standard untuk penyediaan bantuan psikososial ketika berlaku bencana.
- Pihak berkuasa Nepal mengeluarkan senarai 51 rakyat Malaysia dilaporkan hilang susulan banjir kilat besar.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata bantuan berkenaan akan diselaraskan bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) selepas pihaknya menerima maklumat mengenai keperluan keluarga yang terjejas.
“Sekiranya mereka memerlukan bantuan, pihak kita akan dimaklumkan. Insya-Allah, kita akan bekerjasama dengan KLN untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan.
“KLN juga akan memaklumkan kepada kita sekiranya terdapat keperluan untuk mendapatkan sokongan, termasuk kaunseling,” katanya.
Beliau ditemui media selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
Datuk Seri Nancy berkata KPWKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menyediakan bantuan psikososial ketika berlaku bencana.
Sebelum ini, pihak berkuasa pelancongan Nepal mengeluarkan senarai nama warga asing yang dilaporkan hilang susulan kejadian banjir kilat besar di daerah Rasuwa.
Senarai itu mengenal pasti 51 rakyat Malaysia yang diuruskan oleh agensi pelancongan Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour, serta Kailash Journeys, sebagai individu yang belum dapat dikesan.
Mereka ialah:
1. A Ganesan Anandan (L)
2. Appannah A Muthaloo (L)
3. Arunasalam Karuppiah (L)
4. Azman Bin Karim (P)
5. Balasingam Kesavan (L)
6. Brabaakaran Krishnan (L)
7. Eswary Mani Raj (P)
8. Gunanesan Vellaisamy (L)
9. Gunavathy Muthusamy (L)
10. Inthumathy Subramaniam (P)
11. Jason Ngeow (L)
12. Kalai Mathe Karuppaiah (P)
13. Kalaiselvi P Narayanasamy (P)
14. Kannan Kerisna (L)
15. Karunanithi Sundram (P)
16. Kirubanithi Alagappan (L)
17. Komathi Rethinam (P)
18. Krishnan Vadivelu (L)
19. Letchumy Sinnappan (P)
20. Lingam Samykanoo (L)
21. Malani M Vellu (P)
22. Mangala Vanan Krishnasamy (L)
23. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa (L)
24. Mohd Nohan Bin Salim (L)
25. Mohd Padzil Bin Daros (L)
26. Mohd Sani Bin Harul (L)
27. Muhamad Nasir Bin Abdul Talib (L)
28. Muhammad Haziq Bin Ismail (L)
29. Murukan Supramaniam (L)
30. Nahentran Ganasan (L)
31. Navein Palani (L)
32. Neelavany Marimuthu (P)
33. Padmahwathi A Govindasamy (P)
34. Poobalan Murgaya (L)
35. Poornima Alagappan (P)
36. Rajita Sivan (P)
38. Ravindar Ayyavoo (L)
39. S Gomathi Sitoralingam (P)
40. S Ramu Sawasamy (L)
41. Santhanaletchmi Tiruganasambandam (P)
42. Saraswathi Nagaratnam (P)
43. Saratha Alagappan (P)
44. Shabuddin Bin Mun (L)
45. Suguna Balan (P)
46. Thanapalan Muthoo (L)
47. Vallie Palaniasamy (P)
48. Vanajah Vadival (P)
49. Vennila Muniandy (P)
50. Vijayan Perumal (L)
51. Yougesvari Subramaniam (P)
Senarai itu dikeluarkan pada 27 Ogos lepas di laman web Jabatan Pelancongan di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal bertajuk “Tourist List (Out of Contact) in Bhotekoshi Flood.”
Bencana banjir besar yang melanda wilayah sempadan Nepal dan Tibet pada 26 Ogos lalu mengorbankan lebih 1,200 orang, manakala lebih 4,750 lagi masih hilang.