Piala Dunia: Jepun kekal momentum positif berdepan Tunisia

foto AFP

KUALA LUMPUR, 18 Jun Jepun dijangka meneruskan momentum positif dalam saingan Kumpulan F Piala Dunia 2026 apabila turun menentang Tunisia awal pagi esok dengan keyakinan tinggi selepas mengikat Belanda dalam aksi terdahulu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jepun kini antara kuasa utama Asia, menunjukkan kemampuan bersaing dengan pasukan elit dunia.
  • Kejayaan hasil pembangunan jangka panjang fokus teknikal, taktikal dan kecerdasan bola sepak sejak peringkat akar umbi.
  • Disiplin tinggi dan adaptasi kepada tuntutan bola sepak moden, ramai pemain Jepun beraksi di liga utama Eropah.
  • Kepercayaan kepada falsafah permainan sendiri menjadikan Jepun antara pasukan terbaik dan membuka peluang ke pusingan kalah mati.

Bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein melihat keputusan tersebut sebagai bukti kemampuan skuad Samurai Biru untuk bersaing dengan pasukan elit dunia, sekali gus meletakkan mereka sebagai pilihan mendapatkan tiga mata pertama kejohanan.

Menurutnya, Jepun kini bukan sahaja muncul antara kuasa utama Asia, malah menjadi contoh terbaik memperlihatkan negara Asia mampu merapatkan jurang dengan pasukan gergasi Eropah.

“Selepas mereka seri dengan Belanda, saya rasa keyakinan Jepun berada pada tahap yang sangat tinggi.

“Tidak ramai menjangkakan Jepun mampu mengekang Belanda dan saya lihat ini peluang terbaik untuk mereka mendapatkan tiga mata pertama serta mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan Jepun bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pembangunan jangka panjang yang menekankan aspek teknikal, taktikal dan kecerdasan bola sepak sejak peringkat akar umbi.

Beliau turut memuji disiplin pemain Jepun yang berjaya menyesuaikan diri dengan tuntutan bola sepak moden sehingga mampu bersaing di liga-liga utama Eropah.

“Mereka sangat teknikal dan semua itu dibentuk sejak usia muda. Walau tanpa Mitoma, mereka masih mempunyai ramai pemain berkualiti yang beraksi di Eropah.

“Kecerdasan bola sepak Jepun sangat tinggi dan mereka percaya kepada falsafah permainan sendiri. Bagi saya, Jepun ketika ini adalah salah satu pasukan terbaik di dunia,” jelasnya.

Kemenangan ke atas Tunisia bukan sahaja mampu mengukuhkan kedudukan Jepun dalam Kumpulan F, malah membuka laluan lebih luas buat wakil Asia itu untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.