Gempa lemah di Kuamut, tiada kerosakan dilapor

Anggota JBPM menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa lokasi susulan gempa bumi di Kuamut / Foto RTM

KINABATANGAN, 26 September – Tiada kerosakan struktur atau kejadian runtuhan dilaporkan susulan gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 yang berlaku di Kuamut, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Kinabatangan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa lokasi termasuk Sedco Kinabatangan, Perpustakaan Bukit Garam dan Bukit Garam Point.
  • Penduduk dinasihat terus berwaspada terhadap gegaran susulan dan segera memaklumkan pihak berkuasa jika berlaku kerosakan atau kecemasan.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kinabatangan mengesahkan perkara itu hasil pemeriksaan dan pemantauan di beberapa lokasi termasuk Sedco Kinabatangan, Perpustakaan Bukit Garam dan Bukit Garam Point.

“Operasi yang membabitkan enam anggota ditamatkan pada pukul 7 pagi selepas mendapati keadaan selamat dan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Penduduk dinasihat terus berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan serta segera memaklumkan pihak berkuasa jika berlaku kerosakan atau kecemasan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.32 pagi.

Pusat gempa terletak pada kedudukan 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur dengan kedalaman 118 kilometer, kira-kira 34 kilometer barat daya Tongod, Sabah.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.