
ARAU, 26 September – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, hari ini.
- Membincangkan kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses oleh masyarakat.
- Menekankan kemajuan komunikasi dan keterhubungan digital untuk memperluas akses maklumat serta sokongan dalam pendidikan, ekonomi dan kesihatan.
- Perbincangan mengenai usaha memperkukuh ekosistem komunikasi negeri supaya manfaat teknologi dan akses maklumat dinikmati secara menyeluruh.
- Kehadiran Raja Muda Perlis dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi pada pertemuan itu.
Pertemuan itu antara lain membincangkan perkembangan semasa bidang komunikasi, termasuk kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses masyarakat.
Dalam konteks Perlis, kemajuan komunikasi serta keterhubungan digital dilihat penting bagi memperluas akses kepada maklumat, selain menyokong peluang dalam bidang pendidikan, ekonomi, kesihatan dan pembangunan komuniti.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh ekosistem komunikasi di negeri itu bagi memastikan manfaat kemajuan teknologi dan akses maklumat dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.
Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.