Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil disokong operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai konvensional berkurang kepada RM41.50 bilion; dana Islam susut kepada RM31.40 bilion.
  • BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional dan murabahah pada 4.00 petang bagi wang sehari.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia MYOR-i direkodkan pada 2.75 peratus setakat 27 April 2026.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM41.50 bilion daripada RM41.85 bilion pada pagi tadi, manakala dana Islam susut kepada RM31.40 bilion daripada RM35.19 bilion.

Terdahulu, bank pusat telah menawarkan satu tender repo berbalik.

Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM41.50 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM31.40 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah pada 2.75 peratus setakat 27 April, 2026. -BERNAMA