Puting beliung luar biasa landa bandar di Australia

Foto AFP

SYDNEY, 4 Oktober – Puting beliung melanda bandar Ulladulla, kira-kira 226 kilometer (140 batu) di selatan Sydney, Australia, selepas tengah hari Sabtu, menyebabkan kerosakan pada beberapa hartanah dan pokok tumbang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Video media sosial menunjukkan puting beliung melintasi kawasan perumahan dengan angin kencang dan hujan lebat.
  • Pasukan kecemasan menerima lebih sedozen panggilan berkaitan kejadian, termasuk laporan gangguan pada talian elektrik.
  • Seorang pemilik kafe menutup operasi lebih awal untuk menjalankan kerja pembersihan selepas ribut.
  • Biro Meteorologi Australia berkata puting beliung jarang berlaku di kawasan berpenduduk, sekitar 50 kejadian direkodkan setiap tahun.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan puting beliung merentasi kawasan perumahan ketika angin kencang dan hujan lebat melanda rumah serta kawasan sekitar.

Menurut penyiar nasional ABC, pasukan kecemasan menerima lebih sedozen panggilan berkaitan kejadian itu, termasuk laporan pokok tumbang menghempap talian elektrik.

Pemilik sebuah kafe, Julius Machado, berkata ribut berkenaan berlaku dalam sekelip mata sehingga memaksanya menutup operasi lebih awal bagi menjalankan kerja pembersihan.

Biro Meteorologi Australia memaklumkan kejadian puting beliung di kawasan berpenduduk padat seperti Ulladulla jarang berlaku.

Menurut biro itu, beberapa hartanah mengalami kerosakan manakala pokok turut tumbang akibat kejadian berkenaan.

Puting beliung agak jarang berlaku di Australia dengan kira-kira 50 kejadian direkodkan setiap tahun.

Kejadian itu berlaku ketika beberapa kawasan di timur dan selatan Australia dilanda ribut serta hujan lebat.

Di Sydney, hujan lebat pada petang Sabtu menyebabkan beberapa jalan dinaiki air susulan hujan turun dengan intensiti tinggi.-AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.