
SANAA, 18 November- Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serangan yang didakwa dilancarkan tentera Arab Saudi ke atas sebuah kilang span di Yaman pada Selasa.
- Kementerian Kesihatan memaklumkan angka korban belum muktamad dan menyatakan pasukan penyelamat di lokasi turut menjadi sasaran serangan.
- Almasirah mendakwa tentera Arab Saudi menyerang pasukan pemusnah periuk api di Kitaf serta orang awam yang membantu mereka, dan menyasarkan infrastruktur pertanian.
- Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, mengancam tindakan balas terhadap kepentingan Arab Saudi susulan serangan tersebut.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan angka korban masih belum muktamad, selain mendakwa pasukan penyelamat di lokasi kejadian turut menjadi sasaran serangan.
Sementara itu, saluran televisyen Almasirah milik kumpulan Houthi mendakwa tentera Arab Saudi turut menyerang pasukan pemusnah periuk api di Kitaf serta orang awam yang datang membantu mereka, mengakibatkan empat orang terbunuh.
Saluran itu turut mendakwa tentera Arab Saudi menyasarkan infrastruktur pertanian di utara Hodeida.
Agensi berita Houthi pula melaporkan dua lagi orang awam terbunuh dalam serangan berasingan di Kitaf, wilayah Saada di barat laut Yaman.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree pada Selasa mengancam tindakan balas terhadap kepentingan Arab Saudi susulan serangan berkenaan. -AFP