
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul 6.55 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berpusat pada koordinat 9.7 darjah Selatan dan 118.9 darjah Timur, kira-kira 140 km selatan Bima, Indonesia.
- Gempa berlaku pada kedalaman 87 km.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 9.7 darjah Selatan dan 118.9 darjah Timur, kira-kira 140 kilometer (km) Selatan dari Bima, Indonesia.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 87 km.
Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.