England sudah pulih kekecewaan Piala Dunia – Tuchel

Ketua jurulatih England, Thomas Tuchel (kiri) dan penyerang England, Morgan Rogers selepas perlawanan Liga Negara-Negara UEFA Kumpulan A3 antara Croatia dan England di Stadium HNK Rijeka, Rijeka, Croatia pada Sabtu/ AFP

RIJEKA, 4 Oktober- Jurulatih England, Thomas Tuchel percaya pasukannya sudah pulih daripada kekecewaan Piala Dunia 2026 selepas membelasah Croatia 7-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • England hampir mara ke final Piala Dunia pertama sejak 1966, namun tewas kepada Argentina selepas dua gol pada lima minit terakhir.
  • Pendekatan pertahanan Tuchel semasa Piala Dunia menerima kritikan hebat.
  • Kemenangan selepas kekecewaan termasuk menewaskan Republik Czech 2-0 dan memberikan saingan kepada Sepanyol.
  • Tuchel memuji Jude Bellingham yang kembali sebagai starter dan menunjukkan tahap permainan lebih tinggi.

England hampir mara ke final Piala Dunia pertama sejak 1966 sebelum tewas kepada Argentina selepas melepaskan dua gol dalam lima minit terakhir.

Pendekatan lebih bertahan Tuchel ketika itu turut menerima kritikan hebat.

Namun, kemenangan besar pada aksi terbaharu di Rijeka itu memberi petanda England sudah bangkit, selepas turut menewaskan Republik Czech 2-0 dan memberikan saingan kepada Sepanyol sebelum ini.

“Saya sudah berkali-kali berkata, kami akan sentiasa mempunyai parut serta merasai kesakitan dan kekecewaan (akibat kekalahan Piala Dunia). Namun inilah cara untuk bergerak ke hadapan,” kata Tuchel.

Harry Kane dan Bukayo Saka masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Jude Bellingham, Anthony Gordon dan Morgan Rogers turut mencetak nama sebagai penjaring.

Kemenangan itu meletakkan England dalam kedudukan cerah untuk menamatkan saingan dua teratas kumpulan dan mara ke suku akhir pada Mac.

Tuchel turut memuji Bellingham yang kembali ke kesebelasan utama selepas hanya beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Republik Czech.

“Buat masa ini, nampaknya dia sudah pergi ke tahap lain. Anda tidak boleh berhenti dan perlu terus mencapai tahap seterusnya,” katanya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.