fb fb fb fb fb

PSG tewaskan Reims, terus selesa di puncak liga Ligue 1

FOTO AFP

 

PARIS, 24 Januari - Peneraju liga Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Reims, 4-0 di Paris.

Gol PSG masing-masing disumbangkan Marco Verratti, Sergio Ramos dan Danilo Pereira.

Satu lagi gol PSG hasil kesilapan sendiri pemain lawan, Wout Faes.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain bintang, Lionel Messi kembali beraksi selepas dijangkiti virus COVID-19.

Kemenangan terbesar PSG itu untuk musim ini, meletakkan pasukan itu selesa di puncak liga dengan 11 mata, mengatasi Nice.

Terdahulu, Nice naik ke tangga kedua liga selepas menewaskan Mets, 2-0. - AFP

 

Media Baharu