
KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengalami kejutan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Arctic 2026 di Vantaa, Finland, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasangan pilihan kelapan Soon Huat-Shevon mensia-siakan kelebihan pada set pertama.
- Tewas kepada pasangan England Samuel Jones-Lizzie Tolman 27-25, 18-21, 15-21 dalam 63 minit.
- Jones-Tolman akan berdepan Filip Karlborg-Tilda Sjoo, yang menewaskan Simon Krax-Amelie Lehmann 21-17, 21-9.
- Kejohanan Super 500 menawarkan hadiah keseluruhan USD500,000 dan berlangsung hingga 11 Okt.
Pilihan kelapan, Soon Huat-Shevon mensia-siakan kelebihan pada set pertama sebelum tewas kepada pasangan bukan pilihan dari England, Samuel Jones-Lizzie Tolman, 27-25, 18-21, 15-21 dalam pertarungan selama 63 minit di Energia Arena.
Keputusan itu menyaksikan Jones-Tolman akan berdepan pasangan Sweden, Filip Karlborg-Tilda Sjoo, yang menewaskan wakil Jerman, Simon Krax-Amelie Lehmann, 21-17, 21-9.
Kejohanan bertaraf Super 500 itu menawarkan hadiah keseluruhan USD500,000 (RM2.04 juta) dan akan berlangsung hingga 11 Okt ini. – BERNAMA