Aerotrain KLIA naik taraf, perkhidmatan bas disediakan

Perkhidmatan Aerotrain juga dihentikan sementara pada waktu kejuruteraan standard di luar waktu puncak

SEPANG, 7 Oktober – Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menjalani naik taraf perisian secara dua fasa bermula hari ini, bertujuan memperkukuh ketahanan operasi sistem serta menyokong prestasi jangka panjangnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fasa Ujian Lapangan 8 hingga 17 Oktober 2026 untuk pemasangan dan ujian kemas kini perisian dalam keadaan operasi sebenar.
  • Keputusan ujian akan melalui penilaian keselamatan bebas menyeluruh sebelum penggunaan kekal.
  • Fasa Pelaksanaan dijadualkan 28 November hingga 1 Disember 2026 untuk pemasangan perisian secara kekal.
  • Aerotrain dihentikan sementara 12 tengah malam hingga 5 pagi, bas pemindahan disediakan, penumpang diminta ikut papan tanda atau petugas.

Kenyataan Malaysia Airports berkata, naik taraf berkenaan dilaksanakan selepas Aerotrain berjaya melengkapkan 20,000 jam operasi berterusan.

“Fasa pertama iaitu Ujian Lapangan akan dilaksanakan dari 8 hingga 17 Oktober 2026, melibatkan pemasangan serta pengujian kemas kini perisian dalam keadaan operasi sebenar bagi mengesahkan prestasi dan fungsi sistem.

“Hasil ujian berkenaan kemudiannya akan melalui penilaian keselamatan secara bebas sebelum kemas kini perisian itu digunakan secara kekal

“Keputusan ujian kemudiannya akan melalui penilaian keselamatan menyeluruh secara bebas,”katanya dalam kenyataan sama.

Tambah syarikat itu, tertakluk kepada penilaian tersebut, fasa Pelaksanaan akan berlangsung dari 28 November hingga 1 Disember 2026, bagi membolehkan perisian berkenaan dipasang secara kekal pada sistem Aerotrain.

“Perkhidmatan Aerotrain juga akan dihentikan sementara pada waktu kejuruteraan standard di luar waktu puncak, iaitu dari 12 tengah malam hingga 5 pagi sepanjang kerja berkenaan dijalankan.

“Bagi memastikan kelancaran pemindahan penumpang antara Terminal Utama dan Bangunan Satelit, perkhidmatan bas sepenuhnya akan disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja berkenaan sebagai sebahagian daripada pelan kontingensi operasi lapangan terbang,” katanya lagi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KLIA, Adam Nicholas Wilson berkata, naik taraf perisian itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan Aerotrain terus menyediakan perkhidmatan yang lancar dan boleh dipercayai kepada penumpang.

“Sepanjang waktu kejuruteraan, penumpang dinasihatkan supaya mengikuti papan tanda yang disediakan menuju ke ruang menunggu bas, yang menyediakan bas pemindahan, atau mendapatkan bantuan daripada petugas darat KLIA,” katanya dalam kenyataan sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.