PRN Melaka: SPR bermesyuarat hari ini tentukan tarikh penting

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun susulan pembubaran DUN Melaka.
  • Perkara dibincangkan termasuk tarikh writ, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih dan persiapan pelaksanaan PRN.
  • DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa 23 September; pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari menurut Perlembagaan Negeri.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lalu.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi pelaksanaan PRN berkenaan.

Sidang media akan diadakan sejurus mesyuarat khas itu selesai.

Sebelum ini, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berhubung pembubaran DUN Melaka Ke-15 yang berkuat kuasa pada 23 September.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.