Kerjasama penuh sedia diberi JPPKK, POLISAS

Semua pihak disaran tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan

KUANTAN, 7 Oktober – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penuntut POLISAS.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan menyeluruh terhadap kematian Elisa Jonova, 19 tahun.
  • Semua pihak dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan.
  • Diminta menghormati privasi keluarga mangsa.
  • Ketua Polis Daerah mengesahkan panggilan MERS 999 diterima daripada teman lelaki mangsa sekitar pukul 4.32 pagi.

Dalam kenyataan dimaklumkan, JPPKK dan POLISAS menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan menyeluruh kes kematian Elisa Jonova
Masilamani, 19 tahun.

“Semua pihak disaran tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

“JPPKK dan POLISAS akan terus memberi perhatian, sokongan serta bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa,”menurut kenyataan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah, semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira pukul 4.32 pagi daripada teman lelaki mangsa yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.